Friday, March 26, 2010

Warkah Dari Ibu

Warkah seorang ibu buat anaknya yg mempunyai masaalah rumahtangga dgn suaminya

Inilah laluan CINTA

Anak ku,
Memang indah menjadi isteri yang dicintai suami.
Inilah yang menjadi impian para isteri. Tetapi indah
bukan menjanjikan tenang, bahagia apatah lagi
keselamatan yang kekal, anak ku. Kerana itulah ibu
berani berkata bahawa jika cinta suami gagal kau
perolihi, bukan bermakna tertutupnya pintu bahagia di
dunia ini. Apatah lagi, kebahagian yang kita burui
adalah kebahagian yang kekal di Akhirat nanti.
Memanglah hebat, jika suami isteri saling cinta
menyintai. Tetapi apabila berlaku tidak saperti apa
yang kita mahu, pasti ada sesuatu yang ingin diberikan
oleh Allah kepada mu.

Anak ku,
Bila engkau memandang segalanya dari Allah; yang
mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang
menjadikan sebab sakitnya hati mu, yang membuatkan
keinginan mu terhalang, serta menyusah-nyusahkan hidup
mu...pasti akan damailah hati mu. Kerana, masakan
Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu
yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup
mu, pecahnya hati mu...tapi mungkin itulah yang Dia
mahu. Kerana Dia tahu, hati yang sebeginilah selalunya
lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan
Nya.

Anak ku,
Mungkin benar, perkahwinan ini memang bukan atas
pilihanmu sendiri, tapi bila ia telah berlaku,
hakikatnya itulah pilihan yang Allah mahu untuk mu.
Ibu ayah mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia.
Tapi, terlalu banyak perkara berlaku diluar jangkaan
kita sendiri...cuma yang mahu ibu ingatkan anak ku,
perkahwinan atau suami bukanlah matlamat akhir hidup
kita. Ia hanyalah alat untuk kita merebut keampunan
dan keredhaan Illahi.

Anak ku,
Sesuatu yang kita tidak mahu cintai kadang-kadang
begitu dicintai oleh hati. Sebaliknya kadang-kadang
kita terlalu ingin dan mahu cintakan sesuatu, tapi
hati menolak. Hal ini adalah takdir yang kita sendiri
pun tidak boleh mengawal dan menentukannya, walau
siapa pun kita. Tapi ia bukan sesuatu yang perlu
engkau kesalkan anak ku..sedangkan sikap kita yang
tidak mencintai Allah pun sering kita berikan maaf,
walau ia satu kesalahan yang lebih besar, mengapa pula
sikap suami ini begitu payah untuk kita terima?
Inilah kita anak ku. Terlalu mudah sakit bila hak
kita terabai, sedangkan bila hak Allah terbiar, hati
tidak tersentuh langsung.

Anak ku,
Allah sayang pada mu. Dia mahu engkau juga sayang dan
cinta padaNya. Kerana itulah diberiNya kesusahan pada
perasaan mu. Dia mahu engkau berpaling dari cinta
sementara yang amat engkau burui itu...kepada cinta
mutlak yang maha agung lagi indah. Tidakkah engkau
rasa hati mu sekarang lebih lunak untuk mengingati
Allah, jika dibandingkan dulu? Bukankah ini satu
nikmat anak ku? Maka, janganlah disia-siakan peluang
ini dengan sungutan dan rasa tidak redha mu...

Anak ku,
Jika, dalam pada engkau tahu suami mu tidak mencintai
mu tetapi engkau masih mampu memberikan khidmat
terbaik padanya, mendoakannya, maka itulah bererti
bahawa engkau memang bersungguh-sungguh untuk memburu
cinta Illahi. Jika tidak, derita mu itu hanyalah
derita yang lahir dari nafsu tercabar. Ia tidak ada
erti apa-apa anak ku, dan tidak layak untuk mendapat
simpati...

Anak ku,
Suami mu itu walau dipegang sekuat-kuatnya atau
dipeluk seerat-eratnya namun dia tidak akan kekal,
hidupnya ada batas dan akhirnya dia akan pergi
daripada mu. Suatu masa nanti engkau akan tetap
kehilangannya. Kerana itu, selagi terbuka peluang
untuk engkau merebut pahala sabar, redha dan syukur
ini, rebutlah anak ku. Dan jika sakitnya terlalu
menusuk, bagaikan menghiris hati mu, datanglah pada
Allah untuk mengadu dan merayu. Katakan, bukan engkau
tidak redha, tapi engkau adalah hambaNya yang terlalu
lemah. Mohonlah pimpinan dan kekuatan dariNya...jika
belum Dia mahu mengangkat derita itu, maka mintalah
derita itu menjadi sebab untuk engkau terus berada
dalam perhatian dan kasih sayangNya.

Ingatlah juga anak ku , bahawa mungkin ini juga satu
hukuman untuk mu. Hukuman pada dosa-dosa yang tidak
bersungguh-sungguh kita memohon keampunan daripadaNya.
Dengan datangnya ujian ini, moga kita akan sedar dan
insaf sendiri. Sedar yang kita hanyalah hamba yang
layak dihukum apa saja olehNya. Supaya kita datang
kepadaNya, merayu-rayu meminta ampun pada kesalahan
kita selama ini dan meminta ketenangan abadi yang
hanya Allah sahaja boleh memberikannya.

Anakk ku,
Doakanlah terus untuk suami mu. Dan doakan juga untuk
diri mu sendiri. Engkau sedang melintasi satu
jambatan yang pendek tapi sulit, untuk pergi ke satu
mahligai yang kekal abadi dan bahagia yang hakiki.
Berbaktilah sesungguh hati padanya, yang telah Allah
tentukan sebagai suami mu. Dan hasilnya jangan kau
tuntut darinya anak ku, tapi nantikanlah ia di Akhirat
yang kekal abadi.

Untuk Yang Bujang... Sedang Mencari

"Susah betul nak cari isteri solehah," luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan.
"Macam cari gagak putih," tambahnya.
"Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat," katanya lagi.Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum.
"Dah kahwin?" Akhirnya saya bertanya.
"Belum lagi…."
"Kenapa?" dia pula tersenyum.
"Belum dapat yng solehah?" saya terus mengusik.
"Saya dah 28 tahun.Sepatutnya umur 25 dah kahwin … Dah terlajak le ni."
"Oh gitu ..... biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!" usik saya lagi.
"Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang".
"Kalau tak jumpa, macam mana?"
"Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?"
"Apa syaratnya?"
"Syarat-syarat wanita solehah … mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat…."
"Macam tu tak susahlah… ramai yang ada syarat-syarat macam tu," balas saya.
UKUR TAKWA
"Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa," katanya lagi.
"Macam mana pula nak ukur takwa tu?"tanya saya.
"Tu yang pening.Takwa tu dlm hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yg bertakwa!"
"Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?" pelawa saya.
ADA CARA LAIN
"Saya tak paham.Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadis?"
"Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami soleh …Cuba cari ciri-ciri suami soleh ….bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati …. Ukur iman dan takwa kita".
"Nak ukur iman & takwa kita …susah tu. Itu soal maknawi"
"Tapi,jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain."
LEBIH TEPAT
"Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa … lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. Sblm ni, kita bincang pasal menilai diri orang laindulu.Tu yg kita silap. Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah."
TERLALU IDEAL
"Habis tu … saya kenalah berhenti cari wanita solehah sbb nak jadi lelaki soleh?"
"Tak gitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah."
"Ok gak tu!Serampang dua mata,"katanya.
"Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dgn tahap sederhana."
"Maksudnya?"
"Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sbb sifat-sifat solehah itu 'on going process'(dibina secara berterusan) Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sket, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi."
MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN
"Boleh lebih kurang lah ni ye?"
"Salah tu …. Panduan dan ajaran islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan."
"Apa kaitannya dengan yg kita bincang skang ni?"
"Gini, awak mesti lebih ketat dlm menilai diri sdr. Jgn amik mudah soal iman & takwa diri sdr. Letakkan piawai tinggi utk diri sdr. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin r/tangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sket … nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita…."
"Oh saya faham"
" Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebalikya … untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yg rendah. Tetapi utk calon isterinya dinilai dgn solehah yg tinggi. Itu silap!"
"Alhamdulillah… saya harap jodoh saya akan tiba nanti."
"Amin …tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh diri."
"Dialah Allah dilangit dan dibumi.Dia mengetahui yang kamu rahsiakan dan yang kamu lahirkan dan mengetahui apa2 yang kamu usahakan" (Al- An'am: 3)


Syurga Rumahtangga

Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan

Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana

Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
( Gah , suamiku seorang jutawan)

tidak kurang merasakan
bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan
( Wah, isteriku seorang celeberity)

ramai juga yang merasakan
bahagia itu pada kuasa
dituai oleh pangkat dan jawatan
( Wah, suamiku seorang negarawan)

pelbagai jalan menimbulkan dilema
mencari yang benar mempelai tersasar
kalaulah bahagia itu pada harta
kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada kuasa
kenapa Charles dan Diana berpisah
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.

Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani

Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Oh, suamiku,inalillah....

Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
Firman Allah:
Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi
ketenangan pada hati
suami isteri sama-sama mengerti
maksud tersemi takdir ilahi
itulah zikir yg hakiki.

Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
'isteriku, kaulah permaisuri hati.....'
penyeri Islamku nanti
muktamadlah akad sahlah nikah
dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah

Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
- isteriku, taatilah hukum Allah....
- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w

Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ....iman
Jalannya ....syariat
Natijahnya.....akhlak
Tiga penjamin segala
kunci kebahagian rumahtangga
dan terciptalah:
'setia dan penyayang suami'
'cinta dan kasih isteri'
lalu berbuahlah
mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan.....
"Soleh dan solehah"


Petua Mendidik Anak


Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . – bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat… rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari – ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak…
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga – Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya – ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali – ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.
mm.. byk kisah pulak hari ni kan. Maaf lah..ade 20 tips so, huraiannya mesti panjang. Apapun, saya mengharapkan semua yg membaca akan dapat manfaatnya. Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak. Salaaamm!!
"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

Petua Menjadi Suami Terbaik

Mahu jadi suami yang disayangi oleh isteri dan berjaya dalam
kehidupan dunia akhirat? Berikut ada 50 petua:

1) Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat
dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami
terlupa.

2) Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri
anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan
Tuhan adalah yang terbaik.

3) Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk
sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan
yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4) Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami
tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan
turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5) Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang
anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6) Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda
sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan
bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7) Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan
yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan
hubungan suami isteri.

8) Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa
dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami
membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9) Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat
menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan
mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa
makan.

10) Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa
mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11) Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat
meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan
pasangan anda.

12) Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan
bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak
masalah.

13) Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan
ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan
penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14) Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah.
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang
cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15) Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan
kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.
Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita
dan rumah tangga terancam.

16) Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan
kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia
membentuk keluarga sejahtera

17) Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga
juga patuh kepada Tuhan.

18) Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara
sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada
orang lain. Ini wajib dihentikan.

19) Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang
menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang
memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20) Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang
dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila
suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21) Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.
Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga
bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22) Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri
merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila
suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23) Gunakan Nabi Muhammad SAW sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam
rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati
keluarga bagi mendapat hikmah.

24) Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah
tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada
isterinya. Elakan kesilapan ini.

25) Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan,
telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri
untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami
meninggal dunia.

26) Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut
usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta
berteraskan iman dan takwa.

27) Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan
keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut
berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28) Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak
ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat
tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29) Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar,
waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan
masalah.

30) Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki
cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap
suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk
pembantu rumah.

31) Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi
Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat
wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih
disayangi wanita.

32) Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah
ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif
penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33) Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci
hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf,
berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki
amalan dan tindakan.

34) Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya
setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.
Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35) Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.
Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina
keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36) Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik
keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik
diri dan keluarga.

37) Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan
apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga
hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38) Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam
menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi
nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39) Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai
kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal
isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa
memuji.

40) Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk
senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum
disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41) Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan
dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun
e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42) Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan
pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui
mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43) Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan
isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka.
Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44) Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti
isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin.
Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45) Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan
dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik.
Kawal macho dengan saksama.

46) Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri
mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan
daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47) Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri.
Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan
isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut
sebarang lintasan dalam hati.

48) Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan
nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat,
minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49) Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin
jugadi rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin
dipejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan
isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50) Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan
riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif,
bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang
taubat dan maafkan semua orang.

Doa Seorang Isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Thursday, March 25, 2010

Keberkatan Sebuah Perkahwinan

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan.

Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan. Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba . Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam.. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya …
6. Suka menolong orang Dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.

Monday, March 15, 2010

Suamiku Sayang.. Senyumlah..



Suamiku sayang...
Aku masih ingat tentang semalam...
Kala aku gelisah dan resah,
Kaulah peneman aku, pemberi semangat untuk aku terus bertahan,
Menempuh ranjau dan duri sukarnya hidup kita.

Kau tak pernah jemu mengingatkan aku tentang Allah itu setia bersama kita,
Kau selalu mengingatkan aku bahawa segala apa kesusahan kita hari ini,
Adalah hanya ujian dariNya,
Untuk menjadikan kita manusia yang lebih kuat untuk menempuh dugaan.

Sayang...
Kau kata kesukaran yang kita lalui ini,
Hanyalah bersifat sementara...
Kau kata lagi, seandainya diizinkan Dia,
Kita diberi kejayaan satu hari nanti,
Maka Kesyukuran itu terlalu berharga untuk kita panjatkan
Karena kita telah melalui segala kesukaran sepanjang hidup kita.

Suami...
Hari ini kau pula bermuram durja,
Aku tak pasti apa yang sedang bermain di fikiranmu...
Tetapi sebagai isteri,
Aku mengerti tentu ada sesuatu.

Suamiku sayang...

Aku cuba mengerti tentang kesah apa yang ada di benakmu,
Aku cuba memahami tentang lara apa yang ada dalam hatimu,
Semua itu aku tahu mengganggu emosi dan fikiranmu.

Sabarlah sayang...
Walau apa jua yang kau rasa,
Kau masih ada aku,
Yang tak pernah lupa tentang siapa aku di sisimu...

Suamiku...
Kali ini aku pula mengingatkanmu,
tentang apa yang pernah kau beritahuku dulu,
Bahawa kita ada Allah,
Maka bersandarlah segala kedukaanmu padaNya..

Senyumlah sayang...
Aku ingin melihat senyum yang manis itu terukir kembali di bibir hangatmu...

Nukilan; Syurga Dhearty

Kisah Buat Renungan

Jenazah Salmiah di bawa ke dalam bilik untuk di mandikan . Ahli keluarga arwah dan bilal jenazah wanita masuk mengiring. Saya berehat di ruang tamu, membaca ayat-ayat suci al-Quran. Bunyi jirusan air mencurah, kemudian jatuh ke dalam bekas mandian kedengaran jelas.

Habis sekali Yasin, saya bersandar ke dinding ruang tamu banglo cantik itu untuk melegakan urat belakang yang tegang. Saya picit-picit tengkuk, belakang lutut dan pergelangan kaki yang terasa sengal dan kebas. Ahhh,…baru lega.

Saya pandang sekeliling, jiran-jiran yang duduk di sisi serta yang yang baru sampai. Tapi secara puratanya, kalau nak di bandingkan dengan kematian di tempat lain, saya dapati tidak ramai yang datang melawat ke sini. Mungkin kerana arwah dan suaminya, Pahamin, tidak bercampur sangat dengan masyarakat.

Arwah lebih banyak menghabiskan masa di dalam rumah, tidak gemar menghadiri majlis-majlis dan kenduri kendara di tempat kediamannya manakala si suami jarang pulang ke rumah. Maklumlah, arwah adalah isteri mudanya.

Saya memerhati sekeliling, mencari kalau-kalau ada kenalan yang datang. Di ketika meninjau-ninjau itulah saya ternampak suami allahyarham, Pahamin sedang duduk di tepi tingkap sambil meriba anak bongsunya. Umur budak perempuan itu baru dua tahun. Abang dan kakaknya pula duduk dengan datuk mereka, bapa arwah Salmiah di dalam bilik.

Sudah lama saya kenal Pahamin, yang saya panggil Bang Min. Pahamin pernah meminta pertolongan saya untuk ‘memulihkan’ anak gadisnya yang di dakwa terkena buatan orang.

Menurut Pahamin, anak gadisnya dengan isteri tua beliau itu bekerja sebagai peramugari. Rupa parasnya menawan, potongan badan pun anggun. Masalah bermula apabila gadis berusia 20 tahun itu menghina seorang lelaki Indonesia yang mengusiknya ketika pulang dari bekerja. Kata gadis itu, dia lebih rela berkahwin dengan kambing daripada dengan lelaki Indonesia tersebut yang Cuma bekerja sebagai buruh binaan.

Namun seminggu kemudian, dia mula teringatkan lelaki itu. Rindu dendamnya makin menjadi-jadi menjelang senja. Kalau sehari tidak melihat lelaki berkenaan, anak gadis Pahamin akan meracau, menyebut-nyebut namanya. Alhamdulillah beberapa minggu selepas di rawat, gadis tersebut berjaya melupakan lelaki berkenaan. Nyata sekali, dia telah didengki dengan sihir.

Dari situlah saya mula kenal lebih rapat dengannya. Bila sudah kenal, Pahamin menceritakan pula latar belakang keluarganya, tentang isteri tua dan isteri muda. Saya pernah ke banglo itu, tapi tidak berbual sangat dengan arwah kerana saya lihat dia agak pendiam.

Saya tutup surah Yasin dan berjalan ke arah Pahamin yang sedang membelai rambut anaknya itu.

“ Assalamualikum, Bang Min.”

“ Waalaikumsalam. Oooo…ustaz, bila datang ?” dia bertanya.

“ Dah 10 minit. Saya duduk di sana, dekat tepi almari.”

“ Maaflah, tak perasan,” balas Pahamin.

“ Bila arwah meninggal, Bang Min ? “

“ Semalam, Maghrib. Di hospital,” kata Pahamin.

Menurut Pahamin, dia sendiri tidak menyangka Salmiah akan meninggal kerana menurut doktor, Cuma demam panas sahaja. Namun demamnya tidak pulih walaupun seminggu di tahan di wad, Salmiah meninggal dunia.

“ Kami bawa mayatnya malam tadi. Sampai sini pukul 9.00 malam,” kata Pahamin.

“ Tapi… umur dia belum masuk 40 lagi kan, Bang Min ?”

“ Belum, baru 37. Kira muda lagi. Saya kahwin dengan dia 12 tahun lepas, masa tu umur dia 25 tahun. Entahlah ustaz, patutnya saya yang pergi dulu…dah dekat 65 ni. Sakit jantung lagi…” kata Pahamin. Suaranya bergetar kerana terlalu sedih.

“ Sabarlah…redhakan dia pergi, Bang Min,”

Di sebabkan ada seorang saudara Pahamin datang, saya meminta diri. Saya kembali duduk di tepi almari dan membaca zikir serta ayat-ayat suci. Seorang demi seorang jiran datang. Sedang khusyuk membaca, tiba-tiba terdengar nama saya di panggil.

“ Hah…, awak. Kenapa Wan ?” saya bertanya kepada bilal jenazah wanita. Wan yang tiba-tiba muncul dan bertinggung di depan saya.

“ Ustaz…” bisiknya, “ ada hal sikitlah “ sambungnya sambil memberi isyarat mengajak saya ke tempat lain.

“ Kenapa ? Di sini kan boleh,” tanya saya. Surah Yasin saya tutup dan masukkan ke dalam poket.

Wan menggeleng. Dia memandang sekeliling saya, memberi isyarat bahawa ‘di sini ramai orang’ Dari raut wajah dan kerutan dahinya, saya pasti ada sesuatu yang tidak kena semasa dia menguruskan jenazah.

“ Ustaz…kita ke sana, ya,” bisik Wan.

Dia perlahan-lahan berjalan menuju ke sudut rumah yang agak jauh sedikit daripada orang ramai yang menziarah. Saya bangun dan mengekorinya.

“ Kenapa ni ? Berkerut aja muka awak,” kata saya.

Anak murid saya tu menggaru kepala. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Ada perkara yang hendak di luahkannya, tapi masih tak mampu di luahkannya.

“ Cakaplah…ada masalah apa ?” saya bertanya.

“ Macam ni ustaz,” kata Wan. “ Alaaa..ni …apa tu…” dia tergagap-gagap.

“ Tak apa…beritau saya, mungkin saya boleh Bantu,” kata saya.

Dengan suara berbisik Wan berkata; “Ustaz bahagian sulit arwah bengkak, keluar nanah tak henti-henti.”

Nanah ? Saya terkejut. Tadi, Pahamin tidak pula memberitahu saya apa-apa akan keadaan arwah. Malah penyakit arwah tiada kaitan dengan alat kelaminnya.

“ Bengkak macam mana ? Nanah macam mana ? “ tanya saya.

Menurut Wan, sewaktu meratakan air ke tubuh jenazah, dia menggosok bahagian alat sulit arwah, tiba-tiba dia merasa ada sesuatu yang pelik. Kemaluan jenazah bengkak seperti belon. Ia merening merah seperti jambu air yang sedang ranum. Seolah-olahnya bahagian itu baru di sengat binatang berbisa, hanya menunggu masa untuk pecah dan menyemburkan isinya.

Lebih mengejutkan Wan, bila gosok ke celahan bahagian alat sulit itu, mengalir pula nanah yang amat busuk baunya. Ia berwarna kuning kehijauan, seperti nanah atau darah yang bercampur-aduk dengan kotoran pekat. Likat, meleleh dari farajnya.

“ Baunya…ya Allah, busuk. Saya mencucinya dengan air dan kapas, tapi kemudian mengalir semula. Ia tak berhenti-henti meleleh walaupun puas di cuci,” tambah Wan.

Anak murid saya itu memberitahu, kawan-kawan yang menggantikannya untuk membersihkan bahagian sulit arwah juga merasa pelik melihat bengkak yang lebam merening serta nanah pekat yang terus-terusan mengalir. Hendak di bincangkan di situ, bimbang nanti tersinggung pula ahli keluarga arwah yang turut ada di dalam bilik.

“ Sebab tulah saya datang jumpa ustaz ni. Saya teringat ustaz ada di luar, mungkin boleh tolong sikit, beritau kami apa nak buat. Saya tak maulah benda ni jadi heboh. Aib jenazah, ustaz,” kata Wan.

Mendengar cerita itu, saya menasihatkan Wan supaya terus memandikan jenazah tersebut. Apabila di rasakan sudah cukup bersih, cepat-cepatlah di lap, kemudian letakkan kapas bahagian tersebut. Lekapkan agak tebal sedikit supaya nanah tidak menembusinya.

Kata saya, buat sepantas yang boleh supaya bau tersebut tidak tersebar, kelak akan memalukan jenazah. Kepada orang yang memandikannya, bukan rahsia, tapi kepada keluarga dan jiran-jiran, tentulah mereka nanti tertanya-tanya. Dari situ, timbul pula fitnah dan cakap-cakap yang tidak elok.

“ Terima kasih ustaz,” kata Wan.” Saya pergi dulu “

Dia bergegas masuk semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian , bunyi jirusan berhenti. Lebih setengah jam kemudian, Wan memberitahu saya, jenazah sudah pun di kapankan. Seperti lazimnya, ahli keluarga arwah merapati mayat untuk mencium dan membacakan ayat-ayat suci untuknya. Mayat di kebumikan tidak lama kemudian.

Selesai urusan, saya mendekati Wan, dan bertanya lebih lanjut kepadanya. Maklumlah, dia baru beberapa tahun terlibat dengan pengurusan jenazah dan tidak ada pengalaman menyempurnakan mayat yang sebegitu sifatnya. Nyata, Wan masih terkejut dengan apa yang di alaminya tadi.

“ Ustaz,” kata murid saya itu, “ bukan aja kemaluan arwah bengkak merening, bernanah, tapi buah dada dia pun jadi..jadi…macam mana saya nak cakap ya…” katanya tanpa menghabiskan kata-kata.

“ Jadi macam mana pulak, Wan ?” saya bertanya.

“ Hmmm…jadi kecut. Macam mana ustaz tengok buah pinang kering, kecut, berkedut, macam tu lah buah dada jenazah. Macam peria kecut. Saya bukan nak aibkan jenazah, tapi nak beritau ustaz aja. Saya tak pernah tengok benda-benda macam ni, jadi saya beritau supaya ustaz yang dah berpuluh tahun urs jenazah dapat membantu,” katanya.

Saya termenung. Aneh benar keadaan si mati. Bukannya hendak mengada-adakan sesuatu yang buruk, bukan….tapi terfikir saya, kenapa hanya di bahagian-bahagian sulitnya saja yang jadi jelik. Badannya macam biasa saja, tapi pelik sungguh…yang bawah merening, yang atas mengecut ?

Kalau dia sakit teruk, tak makan tak minum hingga badan tinggal tulang, mungkin juga. Itulah logiknya hingga buah dada arwah mengecut. Tapi arwah tidak macam tu. Dia Cuma terlantar seminggu di hospital. Makan minumnya terjaga.

“ Tak apalah, Wan. Serahkan lah sahaja pada Allah. Kita ni tak boleh nak syak wasangka tanpa bukti. Mungkin dia ada penyakit di bahagian itu, mana kita tau.

“ Anggaplah ini pengalaman yang baik, yang akan mengajar awak bagaimana untuk menguruskan jenazah-jenazah lain pada masa-masa akan datang.” Tambah saya lalu meminta diri.

Hendak di jadikan cerita, dua minggu kemudian Pahamin datang ke rumah saya. Dia mengadu tidak dapat tidur lena kerana selalu di ganggu bayangan arwah.

“ Kadang-kadang nampak kelibat dia dalam bilik tidur. Ada kalanya berbau wangi, macam perfume yang dia selalu guna. Anak-anak pula beritahu, pernah mereka terdengar bunyi tapak kaki berjalan dalam bilik arwah. Tapi bila buka, tak ada,” katanya.

Lama juga kami berbual, hinggalah masuk kepada bab keluarga. Tanpa sedar , dan tanpa di minta Pahamin membuka rahsia hubungan beliau dengan arwah. Langsung, tersingkaplah rahsia mengapa bahagian-bahagian sulit arwah menjadi demikian jelik.

“ Ustaz,” kata Pahamin, “ saya rasa, mungkin ia berlaku sebab arwah nusyuk dan melanggar sumpah.”

“ Sumpah ? Saya tak faham, Bang Min.”

“ Ya, sumpah. Saya akui, saya ni bukan baik sangat. Arwah pula bila jiran-jiran beritahu saya ada perempuan lain, dia mula naik angin. Dia kata, tak cukup dua, nak menggatal lagi. Tua tak sedar diri, katanya.

“ Hubungan kami jadi renggang. Kami selalu berselisih faham. Saya makin jarang balik ke rumah arwah. Kalau balik pun, tak ada lain…. Bertengkar, bertengkar, bertengkar.

“ Dalam masa yang sama , saya di maklumkan oleh kawan-kawan, arwah ada buat hbungan sulit dengan lelaki lain. Saya tanya dia, betul ke ? Dia tak mengaku. Macam-macam dia berdalih. Tapi saya tak percaya. Bagi saya, kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Hubungan kami makin hari makin teruk.

“ Kemuncaknya kami bertengkar hebat. Saya kata, ‘ Salmiah, cakap terus terang, awak ada buat hubungan dengan lelaki lain tak ? Awak ada buat benda tak senonoh tak ?

“ Dia tak mengaku. Saya kata, saya tak percaya. Lama kami bertengkar. Akhirnya dia kata, kalau suami boleh buat, boleh cari perempuan lain, kenapa isteri tidak ? Kata arwah dia masih muda, masih bergetah, bukannya susah sangat nak cari pasangan.

“ Bila saya kata, ‘ awak mesti dah buat benda terkutuk dengan lelaki lain’ arwah marah. Dia marah betul. Dia kata,’ saya bersumpah , kalau saya buat dengan orang lain, alat sulit saya ni akan di binasakan Tuhan.’

“ Lebih kurang tiga bulan lepas bersumpah, arwah sakit. Badan panas, tak boleh bangun, sampailah meninggal. Yang saya pelik, dan menyebabkan saya kata mayat dia jadi macam tu sebab derhaka dan melanggar sumpah ialah alat sulitnya merening manakala buah dada mengecut sebaik sampai ke rumah.

“ Kami perasan benda tu masa nak salin pakaiannya. Mula-mula nampak buah dadanya mengecut. Kemudian nampak pula bahagian alat sulitnya mengelembung, merening macam belon. Makin lama, makin besar dan keluar nanah,” kata Pahamin.

Saya termangu mendengarnya. “ Mungkin dia ada sakit di bahagian itu tak, Bang Min ?”

“ Tak …tak ada. Yang itu saya tau benar. Lagi pun saya tengok dia di hospital, buah dada dan alat kelaminnya normal,” tegas Pahamin.

Saya termenung. Ini sudah kes berat. Dalam hati saya berkata, mungkin ini lah balasan Tuhan pada isteri yang menderhaka, curang, nusyuz kepada suami.